ANTERIOR PELVIC TILT

ANTERIOR PELVIC TILT
.
.
Anterior pelvic tilt adalah suatu perubahan postur yang berlaku apabila bahagian depan pinggul kelihatan menonjol ke hadapan dan pinggul belakang ternaik. Kajian-kajian menyatakan bahawa sebanyak 85 peratus dari kalangan lelaki dan 75 peratus wanita mengalami masalah anterior pelvic tilt walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom.
Antara punca berlakunya anterior pelvic tilt adalah disebabkan oleh pengekalan posisi duduk yang terlalu lama atau kurang menjalankan aktiviti fizikal. Ianya memberi kesan kepada postur badan dan bentuk tulang belakang sekaligus boleh membawa kepada simptom-simptom lain.
.
Tips bagi mengelakkan anterior pelvic tilt:
➖ Elakkan daripada duduk untuk jangka masa yang terlalu lama. Bagi mereka yang mempunyai pekerjaan yang memerlukan mereka untuk duduk dalam tempoh yang panjang, mereka haruslah menyelang-selikan dengan berjalan setempat atau aktiviti regangan sepanjang tempoh tersebut.
➕Melakukan aktiviti fizikal secara kerap dan berkala. Antara aktiviti fizikal yang disyorkan adalah senaman regangan dan kekuatan.
➕Pastikan anda mengamalkan postur tubuh yang betul terutama sekali sewaktu duduk. Mempunyai meja dan kerusi yang ergonomic adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian.
.
PENYEBAB:
Anterior pelvic tilt adalah disebabkan oleh pemendekan yang berlaku pada otot hadapan pinggul (hip flexor) dan pemanjangan pada bahagian belakng otot pinggul (hip extensor). Hal ini menyebabkan berlakunya penambahan kadar lengkungan pada tulang belakang seseorang. Hip flexor adalah otot yang terletak pada tulang peha dan mengunjur sehingga ke pelvik dan bahagian belakang badan. Otot ini terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti berlari, menendang dan menbengkokkan pinggul.
Hip extensor pula mempunyai fungsi yang bertentangan denga hip flexor di mana ianya terlibat dalam pergerakan meluruskan pinggul. Hip extensor boleh dibahagikan kepada empat otot iaitu tiga daripandanya dikenali sebagai otot hamstring manakala selebihnya adalah gluteus maximus.
Otot perut yang tidak kuat juga boleh membawa kepada masalah anterior pelvic tilt. perubahan bentuk tulang belakang dan ketidakseimbangan otot sering dikenalpasti berpunca daripada aktiviti duduk dalam tempoh masa yang panjang. Jarang melakukan aktiviti regangan dan senaman kekuatan juga antara penyebab yang menyumbang kepada berlakunya anterior pelvic tilt.
.
FAKTOR-FAKTOR RISIKO:
Duduk dalam tempoh yang terlalu lama
Kurang melakukan aktiviti fizikal
Postur tubuh yang tidak betul
Faktor keturunan
.
SIMPTOM-SIMPTOM:
Kebiasaannya, pesakit tidak mengalami sebarang simptom yang menggambarkan masalah anterior pelvic tilt. namun, terdapat beberapa perubahan yang dirasai oleh pesakit termasuklah:
Otot terasa ketat dibahagian pelvik dan peha
Terasa lemah pada otot punggung (gluteus maximus) dan otot perut
Mempunyai postur tubuh yang tidak normal dengan tlang belakang yang kelihatan melengkung dan perut tertonjol ke bahagian hadapan.

 

Klik Sini Untuk Menghubungi PhysioMobile

Loading

Related Post

Table of Contents

Find our articles helpful?
Join our newsletter to get notifications on post

Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan di Physiomobile?

RAWATAN DISESUAIKAN MENGIKUT KEADAAN PESAKIT

BERPENGALAMAN LUAS DALAM TEKNIK TERAPI MANUAL

AHLI FISIOTERAPI YANG TERLATIH DAN BERKELULUSAN

BERMULA SEJAK 2016 & SUDAH MERAWAT PULUHAN RIBU KES DAN PESAKIT

RAWATAN DI KLINIK, RUMAH, ATAU DI MANA-MANA ANDA BERADA

BUKA SETIAP HARI

100% dilakukan oleh Ahli Fisioterapi bertauliah & professional