BELL’S PALSY

Bell’s Palsy: Simptom, Rawatan & Tips Pemulihan

Bell’s palsy ialah keadaan di mana otot muka menjadi lemah atau lumpuh secara tiba-tiba akibat keradangan atau himpitan pada saraf muka (cranial nerve ke-7). Keadaan ini menyebabkan muka jatuh sebelah, sukar senyum, dan kesukaran menutup mata pada bahagian terlibat.

Bell’s palsy boleh berlaku pada sesiapa sahaja, terutamanya mereka yang berumur 16 hingga 60 tahun. Punca utama masih tidak diketahui, namun dipercayai berkait dengan jangkitan virus seperti herpes.

info bell's palsy

Punca & Mekanisme Bell’s Palsy

  • Saraf muka (cranial nerve ke-7) mengalami keradangan, bengkak, atau terhimpit.
  • Boleh dicetuskan oleh jangkitan virus (herpes, influenza, dsb).
  • Kebanyakan kes punca sebenar tidak dapat dikenal pasti.

“Ramai pakar perubatan percaya Bell’s palsy dirangsang oleh jangkitan virus yang menyebabkan saraf muka membengkak atau terhimpit.”

Simptom-Simptom Bell’s Palsy

Simptom Bell’s palsy biasanya muncul tiba-tiba, sering kali selepas demam, jangkitan telinga atau mata.
Gejala boleh dikesan ketika bangun pagi atau sewaktu makan/minum.

  • Satu bahagian muka jatuh/kaku
  • Sukar menutup/membuka mata pada bahagian terjejas
  • Sukar senyum atau mengerutkan dahi
  • Air liur meleleh, mulut kering
  • Sukar makan & minum
  • Otot muka lemah/bergerak tanpa kawalan
  • Sakit kepala
  • Sensitif kepada bunyi
  • Keradangan/iritasi mata

BELLS PALSY FACIAL NERVE PALSY

“Simptom Bell’s palsy boleh menyerupai strok atau tumor otak. Rujuk doktor segera jika ada simptom tiba-tiba pada muka.”

Siapa Berisiko Mendapat Bell’s Palsy?

Faktor Risiko Keterangan
Hamil Terutamanya trimester akhir & minggu awal selepas bersalin
Diabetes Mempunyai paras gula darah tinggi
Jangkitan paru-paru Sejarah jangkitan kuman di paru-paru
Sejarah keluarga Pernah ada ahli keluarga yang alami Bell’s palsy

Rawatan Bell’s Palsy

Kebanyakan kes sembuh sendiri tanpa rawatan khusus. Namun, rawatan perubatan & rawatan di rumah dapat mempercepatkan pemulihan serta mencegah komplikasi.

Ubat-Ubatan

  • Corticosteroid (anti-keradangan) – mengurangkan bengkak saraf
  • Ubat antiviral/antibakteria (jika jangkitan punca)
  • Ubat tahan sakit (painkiller)
  • Ubat titis mata/air mata tiruan

Rawatan Di Rumah

  • Pelekap mata (eye patch) – elak kekeringan mata
  • Tuala suam di muka untuk kelegaan
  • Urutan muka/ais (ice massage)
  • Terapi fizikal/fisioterapi – rangsang otot muka kembali aktif

Komplikasi Bell’s Palsy

  • Kerosakan saraf muka kekal (jarang berlaku)
  • Kekeringan mata teruk – risiko jangkitan/ulser/buta jika tidak dijaga
  • Synkinesis – bahagian muka bergerak tanpa kawalan (cth: hanya boleh tutup mata bila senyum)

Prognosis & Tempoh Penyembuhan

Kebanyakan kes pulih sepenuhnya dalam 3–6 bulan. Ramai pesakit mula nampak perubahan selepas 2 minggu.
Bagi kes serius, mungkin mengambil masa lebih lama, dan ada risiko simptom kekal.

“Rawatan awal sangat penting untuk mempercepatkan pemulihan dan elak komplikasi.”

Peringkat Tempoh Pulih
Ringan/Sederhana 2 – 6 minggu (peningkatan awal)
Kebanyakan kes 3 – 6 bulan (pulih sepenuhnya)
Serius/Kerosakan saraf Lebih 6 bulan / simptom kekal

Dapatkan nasihat doktor segera jika anda mengalami tanda Bell’s palsy atau perubahan wajah tiba-tiba.

FAQ Bell’s Palsy

Adakah Bell’s palsy sama dengan strok?
Tidak. Bell’s palsy hanya melibatkan saraf muka, manakala strok pula menyebabkan lumpuh pada lebih banyak bahagian badan & simptom lain.

Perlu ke jumpa fisioterapi?
Sangat disarankan! Fisioterapi bantu rangsang otot muka & elakkan komplikasi kekal.

Adakah Bell’s palsy boleh sembuh sepenuhnya?
Ya, kebanyakan kes pulih sepenuhnya – lebih cepat jika rawatan dimulakan awal.

Ada risiko Bell’s palsy berulang?
Ada, tapi sangat jarang berlaku.

Anda Mengalami Masalah Bell’s Palsy?
Dapatkan rawatan segera bersama Physiomobile !
👉 Klik di sini untuk menghubungi kami

Related Link


Penulisan ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja. Sila rujuk pakar perubatan/fisioterapi untuk diagnosis & rawatan.

Loading

Related Post

Table of Contents

Find our articles helpful?
Join our Whatsapp Channel to get notifications on post

Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan di Physiomobile?

RAWATAN DISESUAIKAN MENGIKUT KEADAAN PESAKIT

BERPENGALAMAN LUAS DALAM TEKNIK TERAPI MANUAL

AHLI FISIOTERAPI YANG TERLATIH DAN BERKELULUSAN

BERMULA SEJAK 2016 & SUDAH MERAWAT PULUHAN RIBU KES DAN PESAKIT

RAWATAN DI KLINIK, RUMAH, ATAU DI MANA-MANA ANDA BERADA

BUKA SETIAP HARI

100% dilakukan oleh Ahli Fisioterapi bertauliah & professional