Tahukah anda, di dalam badan kita terdapat tiga jenis otot yang berbeza yang membolehkan badan kita berfungsi dengan baik? Jom kenali 3 jenis otot yang terdapat di dalam badan manusia.
3 JENIS OTOT:
-
Otot rangka (skeletal muscle),
-
Otot kardiak/jantung (cardiac muscle)
-
Otot lembut (smooth muscle)
-
Hampir 50% daripada berat badan manusia terdiri daripada otot. Otot dikategorikan kepada tiga jenis iaitu otot rangka (skeletal muscle), otot kardiak (cardiac muscle) dan otot lembut (smooth muscle).
-
Otot rangka berfungsi untuk membenarkan pergerakan tubuh manusia.
-
Otot jantung/kardiak pula berfungsi untuk membantu jantung mengepam darah.
-
Otot lembut (smooth muscle) membentuk organ seperti perut dan pundi kencing yang membenarkan ia berubah bentuk bagi memudahkan fungsi badan.
1) OTOT RANGKA: Badan manusia mengandungi lebih dariapada 600 otot rangka yang membenarkan pergerakan tulang dan struktur badan lain.
-
Otot rangka membantu pergerakan manusia dengan memendek dan memanjangkan otot sebagai tindak balas sistem saraf (boleh dikawal).
-
Otot rangka terdiri daripada otot fiber yang berbentuk lurus dan disusun dalam beberapa kumpulan dan mempunyai salur darah tersendiri dan dikelilingi oleh sistem saraf.
2) OTOT LEMBUT: Dinding organ manusia mengecut dan memanjang secara automatik
- Otot lembut terdapat pada dinding organ-organ dalaman yang mempunyai rongga dan pengecutannya tidak dapat dikawal. Fungsi otot lembut diransang oleh impuls yang bergerak melalui sistem saraf autonomi kepada otot lembut.
- Otot lembut pada dinding organ pundi kencing dan rahim membenarkan organ-organ ini berkembang dan kembali ke bentuk asal seperti yang diperlukan.
- Otot lembut pada sistem pencernaan memudahkan pergerakan makanan dan penyerapan nutrisi.
- Otot lembut pada mata pula dapat mengubah bentuk kanta bagi menumpukan penglihatan seseorang kepada objek.
- Otot lembut pada dinding salur darah juga memendek dan memanjang bagi membenarkan pergerakan darah ke seluruh anggota badan.
3) OTOT KARDIAK/JANTUNG: Otot kardiak/jantung mengecut hasil daripada isyarat sistem pengaliran jantung
- Otot kardiak/jantung, hanya terdapat pada myocardium iaitu lapisan tengah daripada tiga lapisan dinding jantung, mengecut hasil daripada tindak balas isyarat sistem pengaliran jantung supaya jantung dapat berdegup.
- Otot kardiak terhasil daripada sel cardiocytes yang membentuk satu rangkaian bagi memudahkan penyelarasan pengecutan jantung.
Post Views: 1,601