Jenis Otot Manusia & Fungsi Untuk Pergerakan

\"\"

Tahukah anda, di dalam badan kita terdapat tiga jenis otot yang berbeza yang membolehkan badan kita berfungsi dengan baik? Jom kenali 3 jenis otot yang terdapat di dalam badan manusia.

3 JENIS OTOT:

  1. Otot rangka (skeletal muscle),

  2. Otot kardiak/jantung (cardiac muscle)

  3. Otot lembut (smooth muscle)

\"\"
  • Hampir 50% daripada berat badan manusia terdiri daripada otot. Otot dikategorikan kepada tiga jenis iaitu otot rangka (skeletal muscle), otot kardiak (cardiac muscle) dan otot lembut (smooth muscle).

  • Otot rangka berfungsi untuk membenarkan pergerakan tubuh manusia.

  • Otot jantung/kardiak pula berfungsi untuk membantu jantung mengepam darah.

  • Otot lembut (smooth muscle) membentuk organ seperti perut dan pundi kencing yang membenarkan ia berubah bentuk bagi memudahkan fungsi badan.

\"\"

1) OTOT RANGKA: Badan manusia mengandungi lebih dariapada 600 otot rangka yang membenarkan pergerakan tulang dan struktur badan lain.

  • Otot rangka membantu pergerakan manusia dengan memendek dan memanjangkan otot sebagai tindak balas sistem saraf (boleh dikawal).

  • Otot rangka terdiri daripada otot fiber yang berbentuk lurus dan disusun dalam beberapa kumpulan dan mempunyai salur darah tersendiri dan dikelilingi oleh sistem saraf.

\"\"

2) OTOT LEMBUT: Dinding organ manusia mengecut dan memanjang secara automatik

  • Otot lembut terdapat pada dinding organ-organ dalaman yang mempunyai rongga dan pengecutannya tidak dapat dikawal. Fungsi otot lembut diransang oleh impuls yang bergerak melalui sistem saraf autonomi kepada otot lembut.
  • Otot lembut pada dinding organ pundi kencing dan rahim membenarkan organ-organ ini berkembang dan kembali ke bentuk asal seperti yang diperlukan.
  • Otot lembut pada sistem pencernaan memudahkan pergerakan makanan dan penyerapan nutrisi.
  • Otot lembut pada mata pula dapat mengubah bentuk kanta bagi menumpukan penglihatan seseorang kepada objek.
  • Otot lembut pada dinding salur darah juga memendek dan memanjang bagi membenarkan pergerakan darah ke seluruh anggota badan.
\"\"

3) OTOT KARDIAK/JANTUNG: Otot kardiak/jantung mengecut hasil daripada isyarat sistem pengaliran jantung

  • Otot kardiak/jantung, hanya terdapat pada myocardium iaitu lapisan tengah daripada tiga lapisan dinding jantung, mengecut hasil daripada tindak balas isyarat sistem pengaliran jantung supaya jantung dapat berdegup.
  • Otot kardiak terhasil daripada sel cardiocytes yang membentuk satu rangkaian bagi memudahkan penyelarasan pengecutan jantung.

Ringkasan: Otot memainkan peranan penting dalam pergerakan, postur dan aktiviti harian. Memahami jenis otot membantu kita menjaga fungsi tubuh dengan lebih baik.

Soalan Lazim

Apakah jenis otot manusia?

Secara umum, terdapat otot rangka, otot licin dan otot jantung, masing-masing dengan fungsi berbeza.

Kenapa otot penting untuk pergerakan?

Otot membantu menghasilkan pergerakan, mengekalkan postur dan menyokong aktiviti harian.

Bila perlu fisioterapi untuk masalah otot?

Jika sakit, lemah, tegang atau pergerakan terganggu, fisioterapi boleh membantu menilai dan memulihkan fungsi.

Perlukan Bantuan Fisioterapi?

Ada masalah kekuatan, pergerakan atau sakit otot? Physiomobile boleh bantu penilaian fisioterapi dan latihan pemulihan.

Nota: Maklumat ini adalah pendidikan umum dan bukan diagnosis. Dapatkan pemeriksaan profesional jika simptom kuat, berulang atau semakin teruk.

Update fisioterapi: penilaian individu lebih penting daripada rawatan umum

Dikemaskini berdasarkan prinsip umum rehabilitasi dan preskripsi senaman yang digunakan dalam rujukan pendidikan fisioterapi seperti Physio-pedia.

  • Setiap keadaan pesakit berbeza, jadi cadangan latihan atau rawatan perlu disesuaikan dengan pemeriksaan dan matlamat fungsi.
  • Pantau perubahan sakit, pergerakan, kekuatan dan keupayaan aktiviti harian, bukan hanya satu simptom sahaja.
  • Dapatkan penilaian profesional jika simptom semakin teruk, berulang atau mengganggu kerja, tidur dan aktiviti harian.
Gambar rawatan fisioterapi oleh Physiomobile

Nota keselamatan: Artikel ini untuk pendidikan umum dan bukan diagnosis. Dapatkan penilaian ahli fisioterapi atau doktor jika simptom kuat, berulang, atau berkait dengan tanda amaran.

WhatsApp Physiomobile untuk semak rawatan

Rujukan pendidikan umum: Strength, Exercise Prescription, Aerobic, Rehabilitation. Kandungan Physiomobile ditulis semula secara original dan disesuaikan untuk pembaca Malaysia.

Kemas Kini Klinikal

  • Pemulihan tisu memerlukan beban yang sesuai; rehat sepenuhnya berpanjangan tidak semestinya membantu semua kecederaan.
  • Pergerakan dan latihan boleh ditingkatkan secara beransur-ansur apabila sakit serta fungsi bertambah baik.
  • Dapatkan pemeriksaan jika terdapat kelemahan mendadak, lebam atau bengkak ketara, atau kehilangan fungsi.

Rujukan: Physiopedia

Loading

Related Post

Table of Contents

Find our articles helpful?
Join our Whatsapp Channel to get notifications on post

Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan di Physiomobile?

RAWATAN DISESUAIKAN MENGIKUT KEADAAN PESAKIT

BERPENGALAMAN LUAS DALAM TEKNIK TERAPI MANUAL

AHLI FISIOTERAPI YANG TERLATIH DAN BERKELULUSAN

BERMULA SEJAK 2016 & SUDAH MERAWAT PULUHAN RIBU KES DAN PESAKIT

RAWATAN DI KLINIK, RUMAH, ATAU DI MANA-MANA ANDA BERADA

BUKA SETIAP HARI

100% dilakukan oleh Ahli Fisioterapi bertauliah & professional