Peranan Penting & Solusi Pemulihan Terbaik
Pembedahan penggantian sendi seperti lutut, pinggul atau bahu sering kali menjadi pilihan terakhir selepas pelbagai rawatan konservatif gagal memberikan kelegaan jangka panjang. Ia mungkin melibatkan kesakitan kronik, kekangan pergerakan yang teruk, atau kemerosotan fungsi sendi akibat arthritis, kecederaan atau faktor usia. Artikel akan membincangkan tentang pemulihan selepas pembedahan..
Apa yang ramai pesakit tidak sedar ialah kejayaan pembedahan bukan hanya bergantung kepada pakar bedah dan implantasi sendi baharu. Ia sangat bergantung kepada rawatan pemulihan selepas pembedahan, terutamanya fisioterapi yang tersusun dan berterusan.
Mengapa Fisioterapi Selepas Penggantian Sendi Sangat Penting?

Garis panduan dari National Institute for Health and Care Excellence (NICE), UK menekankan bahawa pemulihan yang berkualiti adalah satu keutamaan. Fisioterapi berperanan dalam:
🔹 Mengurangkan risiko komplikasi seperti darah beku, kekakuan sendi dan kelemahan otot
🔹 Memulihkan pola berjalan dan fungsi asas harian seperti duduk, bangun, dan naik tangga
🔹 Menggalakkan peredaran darah dan penyembuhan luka
🔹 Meningkatkan keyakinan pesakit untuk bergerak tanpa rasa takut
🔹 Mengelakkan kebergantungan jangka panjang kepada ubat tahan sakit
Tanpa fisioterapi yang konsisten dan sesuai dengan tahap pemulihan individu, pesakit boleh mengalami regresi fungsi atau penggantian sendi menjadi kurang berkesan dalam jangka masa panjang.
Bagaimana Physiomobile Membantu?
Di Physiomobile, kami memahami keperluan unik setiap pesakit selepas pembedahan ortopedik seperti Total Knee Replacement (TKR), Total Hip Replacement (THR) atau Shoulder Replacement. Sejak 2016, kami telah membantu ribuan pesakit melalui proses pemulihan yang efektif – sama ada di klinik atau terus ke rumah mereka.
Pendekatan kami dalam pemulihan selepas pembedahan adalah bersifat holistik dan “tailor-made”. Pelan rawatan direka khusus mengikut fasa penyembuhan terkini anda untuk memastikan pemulihan selepas pembedahan yang selamat dan optimum. Ahli fisioterapis kami menggabungkan Teknik Manual (Manual Therapy) untuk mengurangkan kekejangan tisu, bersama senaman terapeutik yang progresif. Langkah ini kritikal bagi mengembalikan fungsi sendi tanpa rasa sakit yang melampau, menjadikan proses pemulihan selepas pembedahan anda lebih selesa dan terkawal.
Lebih daripada sekadar rawatan fizikal, kami bertindak sebagai rakan sokongan sepanjang perjalanan pemulihan selepas pembedahan ini. Fokus kami adalah mencapai matlamat fungsional sebenar—seperti kembali berjalan tanpa tongkat atau menaiki tangga dengan yakin. Dengan pemantauan berkala, kami memastikan setiap sesi membawa kemajuan nyata, memberikan anda motivasi tinggi untuk menamatkan tempoh pemulihan selepas pembedahan dengan jayanya dan kembali menjalani kehidupan aktif seawal mungkin.
Apa yang Physiomobile tawarkan?
🏠 Rawatan Ke Rumah (Home Visit): Kami tahu sukar untuk bergerak selepas pembedahan, jadi kami hadir terus ke rumah pesakit – dari Shah Alam ke Johor Bahru, termasuk Melaka, Selangor, KL dan negeri-negeri lain.
🧑⚕️ Fisioterapis Bertauliah & Berpengalaman: Setiap sesi diselia oleh pakar yang faham dengan protokol pemulihan pasca-pembedahan.
📈 Pelan Pemulihan Tersusun & Personal: Tiada satu rawatan sesuai untuk semua. Kami bina pelan rawatan berdasarkan tahap mobiliti, kesakitan dan matlamat pesakit.
📊 Pemantauan Berkala & Konsisten: Kami akan terus menilai perkembangan anda dari minggu ke minggu bagi memastikan anda kembali berdikari secepat mungkin.
Bila Masa Sesuai Untuk Mula?
Berdasarkan amalan terbaik dari negara maju, rawatan fisioterapi sepatutnya bermula seawal hari pertama selepas pembedahan, dengan pendekatan yang beransur-ansur meningkat bergantung kepada kekuatan dan toleransi pesakit. Kami di Physiomobile bersedia untuk membantu pesakit memulakan pemulihan sebaik sahaja dibenarkan pulang oleh hospital.
Jika anda atau ahli keluarga baru sahaja menjalani pembedahan penggantian sendi, jangan tunggu sehingga terlalu lewat untuk mula fisioterapi. Hubungi Physiomobile hari ini untuk konsultasi awal dan pelan rawatan khas anda.
📞 WhatsApp kami terus – tekan butang di kanan skrin anda —>>
📍 Kunjungi cawangan kami di Shah Alam, Wangsa Melawati, Bangi, dan Adda Heights JB
🌐 Atau tempah rawatan ke rumah anda melalui sistem dalam talian kami
Berikut adalah senarai lokasi liputan perkhidmatan Physiomobile Housecall (Rawatan ke Rumah) mengikut negeri.
Perkhidmatan ini membawa kepakaran ahli fisioterapi kami terus ke pintu rumah anda, lengkap dengan peralatan yang diperlukan.
1. Selangor (Lembah Klang & Luar Bandar)
Kawasan ini adalah hab utama operasi kami dengan liputan yang sangat meluas.
-
Shah Alam & Sekitarnya: Seksyen 1-36, Alam Impian, Bukit Jelutong, TTDI Jaya, Setia Alam, Puncak Alam.
-
Petaling & Subang: Subang Jaya, USJ, Putra Heights, Petaling Jaya, Damansara (Kota Damansara, Damansara Heights), Bandar Sunway.
-
Klang & Pantai: Bandar Botanik, Port Klang, Meru, Kapar, Kuala Selangor, Sekinchan.
-
Hulu Langat & Sepang: Bandar Baru Bangi, Bandar Puteri Bangi, Kajang, Semenyih, Cyberjaya, Puchong, Seri Kembangan, Serdang.
2. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
-
Zon Pusat & Utara: Wangsa Melawati, Wangsa Maju, Setapak, Sentul, Titiwangsa, Kg Baru.
-
Zon Mewah/Eksklusif: Mont Kiara, Hartamas, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Bangsar, Bukit Tunku.
-
Zon Cheras & Ampang: Cheras, Bandar Tun Razak, Maluri, Ampang, Pandan Indah.
3. Johor
-
Johor Bahru & Tebrau: Bandar Dato’ Onn, Adda Heights, Tebrau, Kempas.
-
Pasir Gudang & Masai: Seri Alam, Pasir Gudang, Masai.
-
Skudai & Kulai: Skudai, Tampoi, Senai, Kulai.
-
Lain-lain: Batu Pahat.
4. Melaka
-
Melaka Tengah: Bandaraya Melaka, Ayer Keroh, Batu Berendam, Bukit Baru.
-
Alor Gajah: Cheng, Krubong, Durian Tunggal, Masjid Tanah.
5. Negeri Sembilan
-
Seremban: Seremban 1 & 2, Senawang, Rasah, Sendayan.
-
Lain-lain: Nilai, Port Dickson, Rantau, Rembau, Lenggeng.
6. Utara & Pantai Timur (Perlu Semakan Slot)
Kami juga mempunyai rangkaian ahli fisioterapi di kawasan berikut (tertakluk kepada ketersediaan semasa):
-
Perak: Ipoh, Meru, Tambun, Chemor, Batu Gajah.
-
Pulau Pinang: Georgetown, Bayan Lepas, Seberang Perai, Bukit Mertajam, Butterworth.
-
Kedah: Alor Setar, Sungai Petani.
-
Terengganu: Kuala Terengganu, Dungun, Kemaman.
Nota Penting: Liputan standard kami biasanya dalam radius 20km – 30km dari pusat operasi ahli fisioterapi terdekat kami.
Physiomobile – Enriching Quality of LIfe
![]()


