PERANAN SENAMAN KEKUATAN UNTUK SAKIT BAHU

\"\"

  • Bahu beku (frozen shoulder) dan masalah rotator cuff adalah biasa di kalangan individu pertengahan umur,

  • Manakala masalah pada sendi acromioclavicular dan ketidakstabilan bahu (shoulder instability) sering terjadi kepada mereka yang lebih muda terutamanya mereka yang bermain sukan yang melibatkan penggunaan bahu yang berulang seperti sukan tenis dan berenang.

  • Rasa sakit boleh terjadi disebabkan kecederaan ligament, bursa atau tendon yang terdapat di sekitar sendi bahu atau tulang rawan dan labrum.

  • Bahu ialah sendi yang sangat mobil atau mempunyai kebebasan bergerak yang tinggi tetapi mempunyai risiko tinggi mengalami kecederaan.

  • Rasa sakit juga boleh disebabkan penyakit atau kondisi yang melibatkan sendi (arthritis), otot, tisu lembut dan tulang disekeliling bahu atau saraf yang memberi deria rasa kepada kawasan bahu.

  • Sakit pada bahu dirawat bergantung kepada puncanya dan diagnosis yang tepat dapat menentukan proses penyembuhan.

  • Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum meneruskan apa-apa program rehabilitasi untuk bahu anda.

\"\"

Anda perlu mendapatkan rawatan jika anda merasa sakit dan mempunyai masalah berikut:

  • Rasa sakit yang berterusan melebihi tiga hari.

  • Rasa sakit pada bahu walaupun ketika berehat.

  • Tidak berupaya membawa barang atau menggunakan/mengangkat tangan.

  • Kecederaan yang menyebabkan kecacatan pada sendi bahu.

  • Bengkak atau lebam di sekitar sendi bahu.

Rawatan awal

  • Rehat: untuk membenarkan keradangan reda, anda perlu berehat tetapi tidak terlalu lama kerana ia akan menyebabkan bahu beku (frozen shoulder) jika terlalu lama tidak bergerak (immobilize).

  • Rawatan ais dan haba (ice and heat): ais digunakan untuk kecederaan yang akut (acute) ia membantu mengurangkan keradangan. Rawatan panas digunakan untuk mengurangkan kesakitan dan selalunya digunakan dalam kondisi kronik.

  • Senaman Regangan (stretching): regangan pada otot dan tendon pada sendi bahu dapat membantu mengurangkan beberapa penyebab sakit bahu- jika anda tidak mahu menambah risiko kecederaan, maka regangan perlu dilakukan bawah pengawasan ahli fisioterapi selepas penyakit anda dikenalpasti.

  • Rawatan Fisioterapi: adalah salah satu rawatan yang penting untuk setiap kondisi ortopedik. Ahli fisioterapi akan merangka satu program berdasarkan masalah bahu anda sama ada untuk meningkatkan kekuatan, mendapatkan kembali mobiliti dan mengembalikan fungsi normal bahu anda.

  • Ubat anti-keradangan (anti –inflammatory): ubat tahan sakit seperti NSAIDs adalah ubat yang sering diberikan oleh doktor untuk mengurangkan rasa sakit.

\"\"
\"\"

Senaman kekuatan membantu:

  • Rehabilitasi bahu fokus kepada dua aspek iaitu gerakan bahu: fleksibiliti dan kekuatan.

  • Tanpa julat pergerakan bahu yang cukup ia akan terus mengehadkan pergerakan bahu anda, maka matlamat utama adalah untuk kembali berfungsi secara normal tanpa rasa sakit.

  • Ia juga penting untuk menguatkan otot bahu anda dan dalam masa yang sama tidak memberi tekanan pada otot rotator cuff.

  • Hal ini kerana otot-otot ini mudah mengalami kecederaan dan keradangan jika senaman tidak dilakukan dengan betul, jadi ahli fisioterapi akan memberi panduan yang betul.

  • Rasa sakit bahu yang kronik sering terjadi hasil daripada pergerakan melebihi kepala yang berulang dan rasa sakit itu terjadi disebabkan kerosakkan pada otot rotator cuff.

\"\"

Regangan bahu:

  • Masalah bahu sering melibatkan bahu kaku (stiffness), maka senaman regangan dapat melonggarkan otot-otot sekitar bahu.

  • Senaman bahu yang paling mudah adalah senaman pendulum (pendulum exercise).

  • Masalah bahu juga boleh terjadi disebabkan postur yang tidak betul dan ketegangan otot atas bahagian belakang dan leher, maka anda boleh melakukan regangan mudah dan senaman untuk leher dan otot atas belakang anda.

  • Kesemua senaman kekuatan ini direka untuk secara beransur-ansur membina otot bahu anda, perlahan-lahan maka ia tidak terdedah kepada kecederaan berulang.

 

Klik Sini Untuk Menghubungi PhysioMobile

Loading

Related Post

Table of Contents

Find our articles helpful?
Join our newsletter to get notifications on post

Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan di Physiomobile?

RAWATAN DISESUAIKAN MENGIKUT KEADAAN PESAKIT

BERPENGALAMAN LUAS DALAM TEKNIK TERAPI MANUAL

AHLI FISIOTERAPI YANG TERLATIH DAN BERKELULUSAN

BERMULA SEJAK 2016 & SUDAH MERAWAT PULUHAN RIBU KES DAN PESAKIT

RAWATAN DI KLINIK, RUMAH, ATAU DI MANA-MANA ANDA BERADA

BUKA SETIAP HARI

100% dilakukan oleh Ahli Fisioterapi bertauliah & professional