Aduh… 12 Punca Sakit Kepala Yang Anda Tak Sanggup Hadapi Lagi

 

 

Pernah tak anda alami situasi ini – sedang anda tekun menaip kerja di komputer, tiba-tiba diserang sakit kepala?

 

Serangannya kadangkala mengambil masa sehari, dua untuk sembuh.

Namun begitu, masih ramai di antara kita yang menganggap sakit kepala sebagai sakit biasa dan bersifat sementara.

Kikis tanggapan sedemikian! Ayuh kenali apakah punca sakit kepala yang sering menyerang.

 

 

 

Apa Penyebab Sakit Kepala

 

\"\"
 

Tahukah anda, ada di antara kita yang mengalami sakit kepala sehingga menjejaskan tahap kesihatan seperti muntah teruk dan tidak dapat mengimbangi badan?

Mengikut kajian, setiap individu akan mengalami sakit kepala sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup, tidak kiralah sama ada biasa atau teruk.

Ramai yang menganggapnya sebagai sakit biasa kerana serangannya dalam tempoh yang singkat sahaja.

Ada juga beranggapan sakit kepala terjadi di kalangan mereka yang mempunyai masalah migraine.

Tidak mengira usia dan jantina, sakit kepala boleh terjadi kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa sehingga boleh menjejaskan aktiviti seharian.

Ketahui 12 punca sakit kepala yang mungkin terjadi kepada anda.

\"\"

1. Tidak makan sehingga menyebabkan perut kosong

2. Tidak bertenaga dan tidak mengambil makanan mengandungi gula.

3. Makan dengan gelojoh dan tidak dihadam sempurna.

\"\"

4. Kerap mengambil minuman bergas atau berkafein.

5. Tekanan di tempat kerja atau belajar.

6. Kurang tidur malam.

7. Tekanan darah tinggi.

\"\"

8. Menggunakan gajet seperti komputer dan telefon bimbit dalam tempoh panjang.

9. Sinus, demam atau selesema.

10. Alahan terhadap persekitaran, bau dan cuaca.

11. Ketidakstabilan hormon dan tanda awal haid.

12. Tanda-tanda awal mengandung.

 

 

 

Jenis Sakit Kepala Yang Memang Tak Sama

 

\"\"
 

Ada sakit kepala yang menyebabkan kita rasa seperti berpusing, sakit hingga ‘menangkap’ ke bahagian mata, sukar tidur malam – simptom berbeza-beza menunjukkan ada beberapa jenis sakit kepala.

1. Migrain

Punca sakit kepala ini terjadi akibat tekanan atau pembengkakan otak dan saraf sehingga menyebabkan sakit kepala sentiasa dirasai.

 

2. Sakit kepala tegang / Tension-type headaches

Jenis sakit kepala yang sering dihadapi oleh setiap orang. Ia berpunca dari tekanan fizikal akibat postur badan yang salah, tekanan pada otot belakang badan, bahu dan leher sehingga merebak ke kepala.

Tekanan emosi pula ada kaitan dengan hormon adrenalin.        

Rawatan yang popular bagi sakit kepala jenis ini adalah rawatan fisioterapi kerana ahli-ahli terapi akan mengenalpasti dengan sebaiknya apakah punca yang menyebabkan sakit kepala terjadi.

 

3. Sakit kepala kluster

Sakir kepada ini sering menyerang lelaki dalam usia 20 ke 40 tahun dan disifatkan sebagai paling parah dan menyakitkan.

Punca sebenarnya masih belum diketahui namun antara ciri-cirinya adalah sakit berdenyut di sebelah kepala dan boleh dirasai di belakang dan sekitar mata, boleh merebak sehingga ke dahi, hidung dan pipi.

 

 

 

Cara Legakan Sakit Kepala

 

\"\"
 

Kerap kali iklan sama ada untuk mengurangkan atau melegakan sakit kepala dapat dilihat di media massa, terutama televisyen.

Ubat-ubatan penahan sakit seperti aspirin dan ibuprofen sering dipilih oleh mereka yang mengalami sakit kepala namun ia hanya bertindak buat sementara waktu.

Mengambil ubat-ubatan juga perlu mendapatkan nasihat dan rujukan daripada pihak doktor terlebih dahulu.

Hari ini ramai memilih kaedah fisioterapi untuk merawat gangguan musculoskeletal seperti sakit kepala, sakit belakang, sakit leher dan bahu serta sakit lutut.

\"\"
 

PhysioMobile Malaysia terkenal dengan rawatan fisioterapi iaitu teknik manual yang berkesan untuk membantu individu yang mengalami sakit-sakit yang disebut di atas.

Selain rawatan ke rumah dan konsultasi, PhysioMobile Malaysia juga menawarkan rehab kepada mereka yang mengalami masalah neurologi, kecederaan sukan, geriatrik, pediatrik dan mereka yang pernah menjalani pembedahan.

Dengan 12 ahli fisioterapi terlatih dan profesional yang boleh menyediakan rawatan lebih dari 1,000 sesi, anda boleh mendapatkan khidmat rawatan PhysioMobile Malaysia di cawangan-cawangan yang berhampiran dengan anda:

Shah Alam, Selangor

Bangi, Selangor

Kuala Selangor, Selangor

Kota Damansara, Selangor

Wangsa Melawati, Kuala Lumpur dan

Johor Bahru, Johor.

\"\"
    Klik Sini Untuk Menghubungi Kami

 

 

 

 

Loading

Related Post

Table of Contents

Find our articles helpful?
Join our newsletter to get notifications on post

Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan di Physiomobile?

RAWATAN DISESUAIKAN MENGIKUT KEADAAN PESAKIT

BERPENGALAMAN LUAS DALAM TEKNIK TERAPI MANUAL

AHLI FISIOTERAPI YANG TERLATIH DAN BERKELULUSAN

BERMULA SEJAK 2016 & SUDAH MERAWAT PULUHAN RIBU KES DAN PESAKIT

RAWATAN DI KLINIK, RUMAH, ATAU DI MANA-MANA ANDA BERADA

BUKA SETIAP HARI

100% dilakukan oleh Ahli Fisioterapi bertauliah & professional