Rawatan Fisioterapi Ke Rumah | Selangor

RAWATAN FISIOTERAPI KE RUMAH: Panduan Lengkap Untuk Pesakit & Keluarga di Malaysia

Sedang mencari rawatan fisioterapi ke rumah di Selangor yang profesional dan dipercayai? Physiomobile menyediakan perkhidmatan fisioterapi terus ke rumah pesakit di seluruh Selangor — sesuai untuk pesakit yang sukar bergerak, warga emas dan rawatan jangka panjang.

Sudah Beroperasi Sejak 2016 dan membantu lebih daripada 45,000 pesakit.

Rawatan Fisioterapi di Rumah Seluruh Selangor | Physiomobile

Rawatan Fisioterapi di Rumah Seluruh Selangor

Rawatan fisioterapi di rumah kini menjadi pilihan utama ramai pesakit di Selangor, terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah pergerakan, kesakitan kronik, atau kekangan masa untuk hadir ke pusat rawatan.

Melalui pendekatan ini, ahli fisioterapi bertauliah akan datang terus ke rumah pesakit dan menjalankan rawatan secara klinikal, berstruktur dan selamat — tanpa perlu pesakit berdepan trafik, menunggu giliran, atau risiko keletihan berlebihan.

Apa Itu Rawatan Fisioterapi di Rumah?

Rawatan fisioterapi di rumah ialah perkhidmatan pemulihan profesional yang dijalankan di kediaman pesakit. Setiap sesi lazimnya berlangsung selama 1 jam dan merangkumi:

  • Assessment menyeluruh untuk mengenal pasti punca sebenar masalah (otot, sendi atau saraf)
  • Rawatan manual therapy menggunakan teknik berasaskan bukti
  • Latihan pemulihan yang disesuaikan dengan keadaan dan ruang rumah
  • Konsultasi ergonomik dan aktiviti harian bagi mencegah sakit berulang

Rawatan ini bukan sekadar urutan, tetapi satu intervensi klinikal yang fokus kepada pemulihan fungsi dan kualiti hidup.

Siapa Yang Sesuai Mendapatkan Fisioterapi di Rumah?

Fisioterapi ke rumah amat sesuai untuk:

  • Pesakit strok (peringkat awal hingga jangka panjang)
  • Masalah slipped disc dan sakit pinggang kronik
  • Sakit saraf seperti sciatica, kebas kaki atau tangan
  • Warga emas yang sukar bergerak atau berisiko jatuh
  • Pesakit selepas pembedahan lutut, pinggul atau bahu
  • Individu bekerja yang kekurangan masa untuk hadir ke pusat rawatan

Pendekatan rawatan di rumah membantu memastikan kesinambungan rawatan tanpa gangguan rutin harian pesakit.

Kenapa Fisioterapi di Rumah Lebih Berkesan?

1. Rawatan Dalam Persekitaran Sebenar
Ahli fisioterapi dapat menilai postur duduk, ketinggian katil, susun atur rumah dan tabiat harian pesakit — faktor penting yang sering menjadi punca sakit berulang.

2. Kepatuhan Senaman Lebih Tinggi
Latihan diajar terus di ruang yang digunakan setiap hari, menjadikan pesakit lebih konsisten melakukan senaman pemulihan.

3. Kurang Tekanan & Keletihan
Pesakit lebih relaks kerana tidak perlu keluar rumah, sekali gus memberi fokus penuh kepada rawatan.

4. Lebih Selamat untuk Pesakit Berisiko
Terutamanya bagi pesakit strok dan warga emas yang berisiko jatuh ketika perjalanan.

Kawasan Liputan Rawatan di Selangor

Perkhidmatan rawatan fisioterapi ke rumah meliputi seluruh Selangor, termasuk:

Shah Alam, Bangi, Kajang, Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Klang, Rawang, Ampang, Gombak dan kawasan sekitarnya.

Rujukan lokasi popular:

Keadaan Lazim Yang Dirawat

  • Slipped disc & sakit pinggang
  • Strok dan komplikasi pasca strok
  • Sakit saraf dan kebas anggota
  • Sakit pinggang sebelah
  • Masalah pergerakan warga emas

Bacaan lanjut:

Kenapa Pilih Physiomobile?

  • Rawatan disesuaikan mengikut keadaan pesakit – di rumah atau di klinik
  • Fisioterapi berpengalaman sejak 2016
  • Lebih 45,000 pesakit telah dirawat
  • Buka setiap hari & 100% oleh ahli fisioterapi bertauliah
  • Panel TPA utama: PMCare, Compumed, MedKad, ASP & SelCare
  • Rangkaian 170+ ahli fisioterapi seluruh Semenanjung Malaysia
  • Lebih 80% pesakit datang semula atau melalui rujukan keluarga

Tempah Rawatan Fisioterapi di Rumah Sekarang

Muat turun aplikasi Physiomobile:

Rawat punca, bukan sekadar simptom. Mulakan pemulihan anda hari ini bersama Physiomobile.

Home Physio

Antara Kelebihan Teknik Manual di Physiomobile

Di Physiomobile, kami mengamalkan teknik manual terapi berasaskan klinikal yang disesuaikan mengikut keadaan setiap pesakit. Pendekatan ini bukan rawatan umum, tetapi rawatan yang disasarkan terus kepada punca masalah.

  1. Merawat terus bahagian bermasalah
    Rawatan difokuskan secara spesifik kepada kawasan badan yang mengalami kesakitan atau kekangan fungsi, bukan rawatan menyeluruh tanpa sasaran.
  2. Menggerakkan sendi dan tulang secara berperingkat
    Sendi dan tulang digerakkan menggunakan teknik dan kaedah yang selamat, terkawal, serta mengikut toleransi pesakit.
  3. Rawatan otot, tendon dan tisu yang keras
    Urutan terapeutik diberikan pada kawasan otot, tendon dan tisu lembut yang mengeras atau bersimpul akibat ketegangan berpanjangan.
  4. Senaman khusus ikut keadaan pesakit
    Setiap pesakit diberikan program senaman yang berbeza, menggunakan kaedah pemulihan terkini berdasarkan diagnosis dan tahap keupayaan individu.
  5. Manipulasi tulang untuk kelegaan sendi ketat
    Teknik manipulasi dengan julat pergerakan yang lebih besar digunakan bagi membantu melegakan kekakuan tulang dan sendi secara selamat.
  6. Senaman regangan khusus
    Regangan terapeutik membantu memanjangkan otot yang ketat serta meningkatkan julat pergerakan yang terbatas.
  7. Senaman kekuatan berfokus
    Latihan kekuatan diberikan bagi menguatkan otot yang lemah supaya kestabilan sendi bertambah dan risiko sakit berulang dapat dikurangkan.
  8. Edukasi & senaman kendiri
    Pesakit dibekalkan senarai senaman dan edukasi khas untuk diamalkan di rumah dan di tempat kerja bagi menyokong pemulihan jangka panjang.

Gabungan teknik manual, senaman terapeutik dan edukasi ini memastikan rawatan bukan sekadar melegakan sakit sementara, tetapi membantu pesakit kembali bergerak dengan lebih yakin dan selamat.

Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan di Physiomobile?

RAWATAN DISESUAIKAN MENGIKUT KEADAAN PESAKIT

BERPENGALAMAN LUAS DALAM TEKNIK TERAPI MANUAL

AHLI FISIOTERAPI YANG TERLATIH DAN BERKELULUSAN

BERMULA SEJAK 2016 & SUDAH MERAWAT PULUHAN RIBU KES DAN PESAKIT

RAWATAN DI KLINIK, RUMAH, ATAU DI MANA-MANA ANDA BERADA

BUKA SETIAP HARI

FAQs

Apakah itu rawatan fisioterapi ke rumah di Selangor?

Rawatan fisioterapi ke rumah di Selangor ialah perkhidmatan Physiomobile di mana ahli fisioterapi datang terus ke rumah pesakit untuk rawatan dan pemulihan.

Sesuai untuk pesakit slipped disc, frozen shoulder, strok, warga emas dan pesakit bedridden.

Temujanji boleh dibuat melalui panggilan ke 03-7800 0642 atau WhatsApp 018-988 9642.

fisio ke rumah selangor