Masalah sakit bahu sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita terutamanya bagi mereka yang sudah lanjut usia. Pernahkah anda tertanya apakah rawatan sakit bahu yang berkesan?
Mereka yang pernah mengalaminya pasti tahu kesakitan dan rasa pedih yang dirasai pada bahagian leher dan bahu. Masalah ini sering membataskan pergerakan dan mengganggu keselesaan.
Tahukah anda sendi bahu merupakan salah satu sendi yang agak kompleks? Ini kerana, ia mengawal pelbagai pergerakan yang dilakukan pada bahagian bahu dan tangan.
Keradangan pada kapsul atau kantung bahu boleh menyebabkan bahu menjadi keras dan kaku dan seterusnya menyebabkan “frozen shoulder”.
Dalam artikel ini, kita akan merungkai punca-punca yang menyebabkan sakit bahu di samping rawatan sakit bahu yang anda boleh lakukan bagi menanganinya. Jadi teruskan membaca!
Faktor sakit bahu
Kesakitan yang anda rasa pada bahagian bahu boleh disebabkan oleh beberapa faktor.
Antaranya, sakit bahu sering dialami oleh individu yang berusia antara 40 hingga 60 tahun dan berdasarkan kajian, kaum wanita lebih cenderung untuk mengalaminya.
Bukan itu sahaja, sekiranya anda pernah menjalani pembedahan atau mempunyai kesan kecederaan pada bahu, anda juga berisiko untuk mengalami kesakitan pada bahagian tersebut.
Ini kerana, selepas menjalani pembedahan bahu, kapsul sendi bahu anda cenderung untuk menjadi keras atau kaku.
Di samping itu, antara punca lain yang menyumbang kepada masalah sakit bahu adalah:
- Otot tegang dan tendonitis daripada senaman yang berlebihan atau mengangkat barang berat.
- Sendi bahu yang kurang stabil dan mudah terkeluar
- Tulang bahu yang terkeluar daripada soketnya (shoulder dislocation)
- Patah tulang bahu
- Bahu terkehel
- Sendi bahu keras dan kaku (frozen shoulder)
- Saraf terhimpit
- Osteoarthritis iaitu sendi yang semakin terhakis disebabkan oleh faktor penuaan.
- Rheumatoid arthritis
- Systemic Lupus erythematosus
Rawatan sakit bahu
Kebiasaanya, sakit bahu yang ringan boleh sembuh dengan sendirinya tanpa memerlukan rawatan doktor.
Namun, terdapat beberapa keadaan serius yang memerlukan pesakit segera berjumpa dengan doktor seperti:
- Sendi kelihatan tidak normal
- Kesakitan melampau pada sendi
- Kesukaran mengerakkan bahu walaupun sedikit disebabkan oleh kesakitan yang melampau
- Bengkak pada bahagian bahu
- Kesakitan pada bahu yang disebabkan oleh trauma seperti jatuh dari motosikal.
Oleh itu, mari kita teliti rawatan awal dan cara-cara yang boleh anda dapatkan bagi mengurangkan sakit bahu agar ia tidak melarat.
1. Kurangkan aktiviti berat
Langkah awal yang perlu anda lakukan apabila berasa bahu anda sakit adalah mengurangkan aktiviti yang memberi tekanan pada bahu seperti mengangkat barang yang berat.
Aktiviti yang memerlukan anda mengangkat bebanan berat dan senaman berlebihan seperti tekan tubi akan memberi tekanan pada bahu yang memberi kesan buruk pada bahagian tersebut.
Oleh itu, apabila anda mengalami sakit bahu, pastikan anda berehat secukupnya dan berhenti melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.
2. Rawatan ais
Sekiranya bahu anda bengkak mengalami keradangan, tuam kawasan tersebut dengan ais. Anda boleh meletakkan ais dalam tuala dan tuam di bahu dan leher.
Seperti diketahui umum, ais boleh membantu mengurangkan bengkak atau sakit yang berpunca daripada trauma.
Dengan meletakkan air pada anggota yang tercedera, ianya dapat meningkatkan aliran darah ke bahagian otot yang keras dan sekaligus membantu melembutkan otot yang tegang.
Namun, jika sakit terlalu teruk dan berlanjutan, anda seharusnya berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan selanjutnya.
Rawatan Sakit Bahu di Physiomobile
Selain daripada rawatan-rawatan yang di senaraikan di atas, tahukah anda bahawa rawatan fisioterapi juga terbukti berkesan bagi merawat sakit bahu?
Ingin tahu di mana anda boleh dapatkan rawatan fisioterapi di Malaysia yang berkesan dan dipercayai?
Mana lagi jika bukan Physiomobile !
Sakit bahu anda tidak berkurangan walaupun sudah melakukan rawatan sendiri di rumah seperti menuam ais dan mengambil ubat tahan sakit?
Segera hubungi Physiomobile untuk mendapatkan rawatan fisiologi dengan teknik “hands-on” yang berbeza dengan terapi lain yang menggunakan alatan atau mesin!
Antara manfaat lain yang boleh diperolehi daripada rawatan ini adalah, menghilangkan kesakitan anggota badan, meningkatkan keupayaan fizikal dan meningkatkan kadar pergerakan.
Dengan Physiomobile , tiada lagi masalah sakit bahu atau anggota badan lain seperti sakit lutut dan kecederaan lain setelah beberapa sesi rawatan bersama kami!
Proses rawatan di Pysiomobile terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:
- Pemeriksaan
Pertama sekali, sebelum proses rawatan dijalankan, pakar therapist kami akan mengajukan anda beberapa soalan berkaitan latar belakang dan kesemua sejarah kesihatan anda.
Kami mengambil berat tentang punca kecederaan yang dialami untuk menentukan rawatan yang sesuai untuk anda.
Seterusnya, therapist kami akan melakukan pemerhatian dan ujian-ujian fizikal berdasarkan ‘outcome measure’ tertentu.
- Rawatan
Rawatan untuk sakit bahu yang anda alami akan berfokus kepada mengurangkan sakit dan menambah julat pergerakan sendi bahu.
Proses ini menggunakan kaedah rawatan ‘manual technique physiotherapy’ dan program senaman yang berstruktur dan berfokus.
- Konsultasi
Seterusnya, berdasarkan ilmu anatomi dan fisiologi, therapist akan menerangkan dengan mendalam tentang kondisi anda.
Punca kecederaan dan cara mengelakkannya juga akan diberikan perhatian.
Rawat Segera sebelum Melarat
Konklusinya, jangan biarkan kesakitan pada bahu mengganggu aktiviti harian anda anda kerana kebiasaanya kecederaan tersebut boleh dipulihkan dengan mudah!
Fisioterapi kami di Physiomobile akan membantu anda dengan menggunakan teknik manual terapi yang melibatkan pergerakan sendi ke arah tertentu dengan kadar pergerakan berbeza.
Ini bukan sahaja untuk membaik pulih keadaan otot anda, malah dapat meregangkan otot dan juga mengembalikan keupayaan fizikal seperti sedia kala.
Selain itu, kami bukan sahaja merawat kecederaan bahu. Antara rawatan-rawatan lain yang anda boleh dapatkan di Physiomobile adalah:
- Sports Injuries Treatment
- Children Treatment
- Knee Pain Treatment
- Stroke Treatment
- Shoulder Pain Treatment
- Back Pain Treatment
- Neck Pain Treatment
Oleh itu, tunggu apa lagi? Dapatkan rawatan segera di Physiomobile Malaysia dan ucapkan selamat tinggal kepada masalah sakit bahu! Kami sedia membantu anda.