Mungkin ramai yang tidak mengetahui sebenarnya terdapat rawatan slip disc tanpa pembedahan. Baca lebih lanjut
Ya, memang ada rawatan untuk memulihkan slip disc yang selamat. Bagi anda yang mahukan rawatan slip disc tanpa pembedahan, ini mungkin berita baik untuk anda.
“Nak berjalan pun rasa sakit belakang.”
“Duduk lama akan sakit bila nak bangun.. Berjalan banyak sikit, akan sakit…”
“Tak boleh angkat berat sikit, terus mencucuk sakit belakang.”
“Kebas-kebas sehingga menjalar ke kaki bila datang sakit tu..”
Pernahkah anda mengalami situasi di atas? Jika pernah, anda mungkin mengalami slip disc.
Menurut Dr M Ramzdhan, slip disc merujuk pada penyakit yang berlaku apabila disc dalam tulang belakang berganjak keluar dari tempat asal.
Ia mengakibatkan tekanan pada saraf tunjang, lalu menyebabkan rasa sakit berdasarkan saraf yang terjejas.
Disc tulang belakang berfungsi sebagai pelapik antara ruas tulang belakang (vertebral body) dan bertindak sebagai penyerap tekanan, lalu membenarkan pergerakan antara tulang belakang berlaku.
Masalah slip disc berlaku apabila struktur luar nya terkoyak, lalu menyebabkan struktur dalam terkeluar dan menekan saraf.
Ia merupakan kecederaan pada tulang belakang yang sering berlaku bukan sahaja pada golongan yang berusia, malah turut terjadi di kalangan orang muda.
Punca slip disc
Slip disc boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya termasuk:
- Umur
Semakin meningkat umur, bahagian luaran yang melindungi disc akan semakin haus.
Ia mengakibatkan disc lebih mudah bergerak dari tempat asal.
- Mengangkat objek yang berat
Apabila seseorang mengangkat objek berat, dia akan mengalami tekanan pada tulang belakangnya.
Secara tidak langsung, ia menyebabkan disc bergerak sehingga mendatangkan kesakitan.
- Berat badan yang melampau
Tulang belakang tidak mampu untuk menampung berat badan sekiranya berat badan berlebihan. Ini mengakibatkan disc akan berisiko terkena prolapsed disc atau slipped disc
- Postur badan yang statik untuk tempoh masa yang lama
Aktiviti pasif seperti memandu kereta untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan tekanan pada tulang belakang.
- Trauma seperti kecederaan semasa bersukan atau kemalangan
Sakit slip disc boleh berlaku disebabkan kecederaan lalu. Walaupun kecederaan atau kemalangan itu sudah pun bertahun-tahun lamanya, kesannya boleh datang semula apabila otot dan tulang kita sudah semakin berusia
.
- Jarang bersenam
Orang yang tidak bersenam akan mengalami otot badan yang keras dan tidak fleksibel. Ini juga risiko untuk mengalami slip disc.
Tanda-tanda slip disc
Terdapat beberapa tanda awal yang boleh dikenalpasti.
Antaranya adalah:
- Sakit dan kebas selalunya pada bahagian sebelah badan sahaja
- Sakit yang merebak sehingga lengan dan kaki
- Sakit apabila berdiri atau duduk terlalu lama
- Sakit menjadi teruk ketika mengangkat barang
- Sakit ketika berjalan walaupun sekejap
- Rasa berdenyut-denyut atau sakit di bahagian tulang belakang
Simptom slip disc ini mungkin berbeza mengikut badan seseorang.
Rawatan alternatif slip disc
Antara rawatan slip disc yang popular adalah pembedahan.
Tahukah anda, terdapat beberapa lagi rawatan slip disc tanpa pembedahan, seperti:
- Rawatan radiofrekuensi
Rawatan ini tidak memerlukan pembedahan. Ia dalam bentuk suntikan untuk mengurangkan kesakitan.
- Suntikan steroid
Suntikan ini dilakukan pada kawasan yang sakit bagi mengurangkan kesakitan dan keradangan disc.
- Pengambilan ubat
Doktor ortopedik boleh memberi preskripsi ubat kepada pesakit slip disc.
Antara ubat yang boleh melegakan kesakitan dan mengurangkan gejala yang dialami, termasuk:
- Ubat tahan sakit
- Muscle relaxants
- Ubat saraf
- Rawatan fisioterapi
Kaedah rawatan dan senaman yang dilakukan untuk menguatkan otot.
Dengan melakukan regangan dan rawatan fizikal terapi, ia boleh memberikan kelegaan untuk jangka masa panjang.
Rawatan slip disc tanpa pembedahan di Physiomobile
Jika anda mengalami masalah slip disc, anda boleh dapatkan rawatan di Physiomobile. Klinik ini menggunakan kaedah ‘manual technique physiotherapy’ untuk mengubati sakit slip disc tanpa pembedahan. Physiomobile menyediakan perkhidmatan terapi fizikal samada di klinik yang terletak di Shah Alam atau rawatan di rumah anda sendiri.
Rawatan yang disediakan oleh Physiomobile dijalankan oleh ahli fisioterapi yang bertauliah.
Mereka memberikan fokus utama untuk mengurangkan kesakitan dan menambah julat pergerakan sendi. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperbaiki postur badan pesakit.
Sehingga kini, Physiomobile telah beroperasi sejak 2016 dan telah membantu lebih 45,000 pesakit yang menghidapi pelbagai jenis kondisi seperti Slip Disc, Stroke, Frozen Shoulder , Sakit Lutut dan sebagainya. Sekiranya anda mengalami masalah slip disc, hubungi Physiomobile dengan segera. Jangan biarkan belakang anda terjejas tanpa rawatan.