Sakit Tulang Belakang:
Tanda -Tanda Penyebabnya

Adakah anda pernah mengalami sakit tulang belakang disebabkan aktiviti harian yang anda lakukan, jom kita rungkaikan bersama mengenai penyakit ini.

Sakit belakang boleh menyebabkan kerja dan aktiviti yang ingin dijalankan tergendala, tulang belakang boleh dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit seperti artritis, slipped disc, spondylosis dan tumor saraf belakang.

Pesakit yang menderita sakit tulang belakang juga berisiko untuk menghidapi tumor tulang belakang. Rawatan MRI boleh membantu mengesan sel-sel kanser yang sukar dikesan dengan rawatan biasa.

sakit thoracic

Tanda- tanda Sakit Tulang Belakang

 

1- Rasa mencucuk di bahagian belakang badan.
Pesakit akan merasai kesakitan seperti dicucuk objek tajam pada bahagian belakang badan, untuk melakukan aktiviti harian akan terbatas disebabkan oleh individu tersebut mengalami sakit belakang. Perkara tersebut juga menyukarkan pesakit untuk mengerakkan badan ke kiri dan kanan serta ia boleh menyerang saraf – saraf lain seperti sukar untuk mengambil atau mengenggam sesuatu objek.

 

2- Sakit belakang, leher, atau bahagian atas pinggang.
Kesakitan yang menjalar pada bahagian leher sehingga pinggang – itu adalah tanda-tanda seseorang itu mengalami slipped disc.

Ketidakselesaan satu daripada cakera (disc) diantara verterbra akan menyebabkan rasa kebas dan sakit. Hal ini juga boleh menyebabkan pesakit tidak mampu untuk mengawal air besar dan air kencing kerana ada gangguan di tempat pundi kecing dan saluran air besar serta menyebabkan kegatalan di bahagian kemaluan pesakit.

Sakit tulang belakang mampu menjejaskan kualiti kehidupan seharian individu jika tidak dikesan dan dirawat pada peringkat awal.

 

3- Rasa kebas pada kaki dan tangan
Kebas kaki selalu dialami oleh pesakit yang mempunyai penyakit spondylosis

Pesakit yang mempunyai tulang belakang yang rapuh juga boleh mendatangkan rasa tidak selesa kerana pesakit akan rasa seperti bahagian punggung mereka dicucuk

Mereka yang mengalami sakit tulang belakang ini akan mengalami kesukaran untuk berdiri dalam postur badan yang biasa. Tekanan kesakitan yang dirasai pada bahagian belakang anggota badan terutama pada bahagian pinggang.

 

4- Rasa sengal dan lenguh
Berdiri dan duduk terlalu lama boleh menyebabkan rasa sengal dan lenguh terutama pada bahagian tulang belakang dan kaki.

Hal ini kerana badan tidak mampu untuk menampung beban dalam jangka masa yang lama rasa sengal dan lenguh ini boleh berpanjangan jika tiada aktiviti rengangan dilakukan.

 

5- Sukar untuk berjalan
Pesakit akan mengalami rasa sakit terutama sekali semasa melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, membongkok atau ketika mengangkat barang berat.

Kesukaran berjalan juga dikaitkan dengan tumor, ia juga boleh menyebabkan lumpuh pada bahagian kaki jika tidak mendapatkan rawatan.

Semua penyakit boleh dirawat jika mendapatkan bantuan daripada pakar, anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut layari laman web kami supaya  anda dapat menyelesaikan masalah anda.

Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan di Physiomobile?

RAWATAN DISESUAIKAN MENGIKUT KEADAAN PESAKIT

BERPENGALAMAN LUAS DALAM TEKNIK TERAPI MANUAL

AHLI FISIOTERAPI YANG TERLATIH DAN BERKELULUSAN

BERMULA SEJAK 2016 & SUDAH MERAWAT PULUHAN RIBU KES DAN PESAKIT

RAWATAN DI KLINIK, RUMAH, ATAU DI MANA-MANA ANDA BERADA

BUKA SETIAP HARI

100% dilakukan oleh Ahli Fisioterapi bertauliah & professional

You Might Also Like

Sakit Tulang Belakang Di Tempat Kerja.
Apa yang perlu anda tahu mengenai sakit belakang dan cara atasi ketika berlaku di tempat kerja
Scoliosis
Individu yang mempunyai tulang belakang bengkok secara tidak langsung memberi tekanan kepada jantung dan paru -paru
Sakit Leher
Perkara tersebut berlaku disebabkan oleh ketegangan otot dan ianya menganggu aktiviti harian individu. Perkara tersebut boleh diatasi.
Sakit Kepala
Semua individu boleh mengalami masalah sakit kepala dan dipengaruh oleh beberapa faktor.

Share this post