SERANGAN TRANSIENT ISCHEMIC (TIA) – Risiko dan Langkah Pencegahan

\"\"

Sebahagian risiko TIA dan strok tidak dapat di ubah. Manakala risiko lain dapat dikawal.

Risiko yang tidak dapat diubah

Anda tidak boleh mengubah rIsiko TIA dan strok. Tetapi dengan mengetahui risiko ini ia dapat memotivasi anda mengubah cara hidup dan mengurangkan risiko lain.

  • Sejarah keluarga. Risiko anda mengalami TIA atau strok tinggi jika ahli keluarga anda juga pernah mengalaminya.

  • Usia. Risiko anda meningkat dengan peningkatan usia, terutama sekali selepas usia 55 tahun.

  • Jantina. Lelaki lebih cenderung mengalami TIA dan strok, tetapi lebih daripada separuh kematian disebabkan strok berlaku pada wanita.

  • Serangan transient ischemic (TIA). Jika anda mengalami lebih daripada sekali TIA, anda 10 kali cenderung mendapat strok.

  • Penyakit sickle cell. Lebih dikenali sebagai anemia, sel darah yang berbentuk sickle membawa kurang oksigen berbanding sel darah normal dan sering tersangkut pada dinding salur darah arteri dan menghalang peredaran darah ke otak. Tetapi dengan rawatan yang betul risiko anda mengalami strok dapat dikurangkan.


\"\"

RISIKO YANG BOLEH DI KAWAL

Jika anda mempunyai satu atau lebih faktor risiko tidak bermakna anda akan mendapat strok, tetapi risiko anda akan meningkat.

            Masalah kesihatan :

  • Tekanan darah tinggi. Resiko strok bermula jika anda mempunyai bacaan tekanan darah melebihi 140/90 mmHg.

  • Kolestrol tinggi. Kurang makanan berlemak dan berkolestrol, terutama sekali lemak tepu dan lemak trans, ia mungkin dapat mengurangkan plak di dalam arteri anda.

  • Penyakit kardiovaskular. Termasuklah kegagalan jantung, kecacatan jantung, jankitan pada jantung atau degupan jantung yang tidak normal.

  • Penyakit carotid artery. Saluran darah pada bahagian leher yang menyalurkan darah ke otak anda menjadi tersumbat.

  • Penyakit peripheral artery (PAD).

  • Diabetes meningkatkan penyempitan salur darah dengan pengumpulan lemak.

  • Kandungan homocysteine yang tinggi. Peningkatan asid amino dalam darah akan menyebabkan salur darah anda menebal dan luka dan lebih mudah darah membeku.

  • Berat berlebihan. Punca kepada penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi.

\"\"

Pemilihan gaya hidup :

  • Meningkatkan resiko darah beku, tekanan darah dan menyumbang kepada pembentukkan kolestrol dalam salur darah.

  • Kurang aktif. melakukan senaman berintensiti sederhana selama 30 minit setiap hari dapat mengurangkan resiko

  • Kekurangan nutrisi. Makanan yang banyak lemak dan garam, boleh meningkatkan resiko TIA dan strok

  • Pengambilan alkohol yang tinggi

  • Pengambilan dadah

  • Penggunaan pil pencegah kehamilan.

\"\"

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Ketahui risiko anda dan hidup dalam keaadan sihat adalah perkara yang boleh anda lakukan untuk menghalang TIA.

  • Jangan merokok. Berhenti merokok dapat mengurangkan risiko TIA atau strok.

  • Hadkan kolestrol dan lemak. Kurangkan pengambilan makanan berkolestrol dan berlemak.

  • Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kerana mengandungi nutrisi yang mungkin dapat melindungi daripada TIA atau strok.

  • Hadkan pengambilan sodium/garam. Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, tidak mengambil makanan yang bergaram, tidak dapat mengurangkan tekanan darah. Tetapi pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah tinggi bagi mereka yang sensitif kepada garam

  • Kerap melakukan senaman. Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, senaman yang kerap adalah cara anda menurunkan tekanan darah tanpa penggunaan ubat.

  • Kurangkan pengambilan alkohol

  • Kekalkan berat badan yang sihat. Berat badan berlebihan adalah penyumbang kepada penyakit tekanan darah tinggi, jantung dan diabetes.

  • Jangan ambil dadah. Dadah seperti kokain dapat meningkatkan risiko TIA atau strok

  • Kawal diabetes. Anda boleh mengawal diabetes dan tekanan darah tinggi dengan diet, senaman, kawalan berat badan dan ubat-ubatan (jika perlu)

INGIN MENGETAHUI APA ITU TIA DAN SIMPTOM SERTA PUNCA-PUNCA KEPADA MASALAH INI? KLIK DI SINI.

Klik Sini Untuk Menghubungi PhysioMobile

Loading

Related Post

Table of Contents

Find our articles helpful?
Join our newsletter to get notifications on post

Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan di Physiomobile?

RAWATAN DISESUAIKAN MENGIKUT KEADAAN PESAKIT

BERPENGALAMAN LUAS DALAM TEKNIK TERAPI MANUAL

AHLI FISIOTERAPI YANG TERLATIH DAN BERKELULUSAN

BERMULA SEJAK 2016 & SUDAH MERAWAT PULUHAN RIBU KES DAN PESAKIT

RAWATAN DI KLINIK, RUMAH, ATAU DI MANA-MANA ANDA BERADA

BUKA SETIAP HARI

100% dilakukan oleh Ahli Fisioterapi bertauliah & professional