Sindrom thoracic outlet adalah penyakit yang berlaku apabila salur darah atau saraf yang terletak di antara tulang rusuk pertama (1st rib) dan tulang selangka anda terhimpit.
Ini boleh menyebabkan rasa sakit pada bahagian bahu dan leher dan kebas pada jari.
Biasanya penyebab sindrom thoracic outlet adalah disebabkan trauma fizikal sama ada daripada kemalangan, kecederaan berulang daripada kerja atau daripada aktiviti sukan, kecacatan (mempunyai tulang rusuk lebih) dan hamil.
Dalam sesetengah keadaan, doktor tidak dapat menentukan sebab berlakunya sindrom thoracic outlet.
Rawatan untuk sindrom thoracic outlet selalunya melibatkan fisioterapi dan langkah-langkah melegakan rasa sakit.
Ramai pesakit bertambah baik dengan rawatan fisioterapi.
ANDA MENGALAMI SIMPTOM-SIMPTOM SINDROM THORACIC OUTLET? DAPATKAN RAWATAN SEGERA! HUBUNGI 018-9889642:)
Simptom-simptom sindrom thoracic outlet
Neurogenic (neurological) sindrom thoracic outlet. Berlaku disebabkan himpitan pada brachial plexus (saraf yang berasal daripada saraf tunjang) yang berfungsi mengawal pergerakan otot dan deria rasa pada bahagian bahu, lengan dan tangan. Kebanyakan kes thoracic outlet syndrome adalah disebabkan neurogenic.
‘Vascular sindrom thoracic outlet’. Disebabkan satu atau lebih salur darah vein atau arteri yang terletak di bawah tulang selangka (clavicle) terhimpit.
‘Nonspecific-type sindrom thoracic outlet’. Mereka yang mengalami nonspecific-type sindrom thoracic outlet akan merasa sakit pada bahagian bahu yang bertambah teruk dengan melakukan aktiviti, tetapi penyebabnya tidak diketahui.
Simptom-simptom sindrom thoracic outlet berbeza-beza, bergantung pada tempat yang dihimpit. Apabila saraf (neurological) yang dihimpit, tanda-tanda dan gejala-gejala termasuklah:
Otot di bahagian pangkal ibu jari akan mengecut (wasting) (Gilliatt-Sumner hand)
Kebas dan mencucuk pada bahagian lengan atau jari
Rasa sakit atau sengal pada bahagian bahu,leher atau tangan
Genggaman tangan menjadi lemah
Tanda-tanda dan simptom-simptom vascular sindrom thoracic outlet termasuklah:
Tangan bertukar warna (kebiruan)
Sakit dan membengkak pada lengan. Mungkin disebabkan darah beku
Darah beku dalam salur darah vein atau arteri pada bahagian atas badan
Kekurangan warna (pallor) pada satu atau lebih jari atau keseluruhan tangan
Nadi pada bahagian lengan menjadi lemah atau hilang
Jari, tangan atau lengan menjadi sejuk
Lengan menjadi tidak bertenaga ketika melakukan aktiviti
Kebas atau mencucuk pada bahagian jari
Lemah pada bahagian lengan atau leher
Terdapat ketulan yang berdenyut berdekatan dengan tulang selangka
Anda disarankan berjumpa dengan doktor jika anda mengalami tanda-tanda dan simptom-simptom sindrom thoracic outlet
Klik Sini Untuk Menghubungi PhysioMobile
Kemas Kini Klinikal
- Pengurusan perlu mengambil kira aktiviti berulang, postur atau beban kerja dan tahap kerengsaan simptom.
- Latihan mobiliti, saraf atau kekuatan hanya dipilih selepas penilaian dan ditingkatkan mengikut toleransi.
- Kelemahan progresif, kebas berterusan atau perubahan warna dan suhu tangan memerlukan pemeriksaan lanjut.
Update fisioterapi: penilaian individu lebih penting daripada rawatan umum
Dikemaskini berdasarkan prinsip umum rehabilitasi dan preskripsi senaman yang digunakan dalam rujukan pendidikan fisioterapi seperti Physio-pedia.
- Setiap keadaan pesakit berbeza, jadi cadangan latihan atau rawatan perlu disesuaikan dengan pemeriksaan dan matlamat fungsi.
- Pantau perubahan sakit, pergerakan, kekuatan dan keupayaan aktiviti harian, bukan hanya satu simptom sahaja.
- Dapatkan penilaian profesional jika simptom semakin teruk, berulang atau mengganggu kerja, tidur dan aktiviti harian.

Nota keselamatan: Artikel ini untuk pendidikan umum dan bukan diagnosis. Dapatkan penilaian ahli fisioterapi atau doktor jika simptom kuat, berulang, atau berkait dengan tanda amaran.
WhatsApp Physiomobile untuk semak rawatan
Rujukan pendidikan umum: Strength, Exercise Prescription, Aerobic, Rehabilitation. Kandungan Physiomobile ditulis semula secara original dan disesuaikan untuk pembaca Malaysia.
![]()
Post Views: 2,567


