SPONDYLOLISTHESIS

SPONDYLOLISTHESIS

Definisi

Spondylolisthesis adalah keadaan di mana salah satu tulang belakang (vertebra) terdorong ke bahagian hadapan. Ianya kerap kali dikesan berlaku di kawasan ‘lumbosacral’.
Dalam sesetengah kes, spondylolisthesis juga menyebabkan saraf tunjang menjadi terhimpit dan seterusnya mendatangkan kesan seperti sakit belakang dan kebas atau lemah pada satu atau kedua-dua belah kaki.
Terdapat juga kes yang mengaitkan spondylolisthesis dengan kegagalan mengawal pundi kencing namun kes ini jarang sekali berlaku.
Spondylolisthesis juga kadang kala tidak menunjukkan sebarang simptom ataupun simptom hanya dirasai pesakit selepas beberapa tahun.
Pesakit lazimnya akan mengadu mengalami kesakitan di bahagian belakang atau punggung. Otot di bahagian kaki juga akan terasa ketat atau lemah.
\"\"

Penyebab

Tulang belakang bercantum bersama dengan beberapa sendi kecil yang membolehkan tulang belakang bergerak. Spondyliothesis terjadi apabila sendi-sendi yang menyokong tulang belakang tersebut bermasalah dan tidak berfungsi dengan baik. Masalah sendi di bahagian tulang belakang boleh jadi berpunca daripada:

  • Masalah sendi sejak lahir (congenital)

  • Sendi tercedera akibat kemalangan atau trauma

  • Keretakan pada tulang belakang (stress fracture)

  • Kerosakan pada sendi akibat jangkitan penyakit atau arthritis.

Ingin dapatkan rawatan fisioterapi dengan PhysioMobileMY? Hubungi customer careline kami untuk tempah slot kami sekarang: Hubungi kami

\"\"
Spondylolisthesis menyerang golongan kanak-kanak dan remaja terutamanya mereka yang terlibat dengan sukan.
Sesetengah sukan seperti gymnastik dan angkat berat boleh menyebabkan penggunaan berlebihan tuang belakang yang mendorong kepada stress fracture atau keretakan akibat tekanan berlebihan pada tulang. Hal ini secara tidak langsung akan membawa kepada berlakunya spondylolisthesis.
Orang dewasa juga boleh mengalami Spondylolisthesis hasil daripada stress fracture. Terdapat juga orang dewasa yang mengalami Spondylolisthesis akibat sendi tulang belakang yang terkoyak.

 

Klik Sini Untuk Menghubungi PhysioMobile

Loading

Related Post

Table of Contents

Find our articles helpful?
Join our newsletter to get notifications on post

Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan di Physiomobile?

RAWATAN DISESUAIKAN MENGIKUT KEADAAN PESAKIT

BERPENGALAMAN LUAS DALAM TEKNIK TERAPI MANUAL

AHLI FISIOTERAPI YANG TERLATIH DAN BERKELULUSAN

BERMULA SEJAK 2016 & SUDAH MERAWAT PULUHAN RIBU KES DAN PESAKIT

RAWATAN DI KLINIK, RUMAH, ATAU DI MANA-MANA ANDA BERADA

BUKA SETIAP HARI

100% dilakukan oleh Ahli Fisioterapi bertauliah & professional