KEKEJANGAN OTOT: PUNCA, RAWATAN & CARA CEGAH
Kekejangan otot ialah keadaan di mana otot mengecut secara tiba-tiba, tidak terkawal dan sukar untuk relaks. Bahagian yang sering terkena termasuk:- Betis dan peha
- Tapak kaki dan jari kaki
- Tangan dan lengan
- Abdomen dan sekitar tulang rusuk
- Terlalu letih
- Jarang diregangkan
- Terlibat dalam aktiviti berat dalam cuaca panas
PUNCA-PUNCA UTAMA KEKEJANGAN OTOT
1) Aktiviti Regangan Tidak Mencukupi & Keletihan Otot
Otot terdiri daripada fiber yang mempunyai keupayaan untuk mengecut dan mengembang bagi menghasilkan pergerakan. Apabila kita jarang melakukan senaman dan regangan, otot menjadi lebih tegang dan kurang efisien. Semasa aktiviti fizikal atau kerja berat:- Otot menggunakan lebih banyak tenaga
- Kurang oksigen dibekalkan kepada otot
- Bahan buangan (metabolit) mula berkumpul dalam otot
Ringkasnya: otot yang letih + kurang regangan = mudah kejang, terutamanya di betis
dan peha semasa atau selepas aktiviti.
2) Haba, Dehidrasi & Kekurangan Mineral
Kekejangan otot juga kerap berlaku ketika kita melakukan aktiviti fizikal dalam cuaca panas, contohnya berlari, berkebun atau bekerja di luar. Apabila suhu tinggi, badan akan banyak berpeluh. Peluh mengandungi:- Garam (natrium)
- Kalium
- Magnesium
- Kalsium
Tip cepat: Jika anda kerap kejang otot ketika cuaca panas, pastikan minum air secukupnya
dan pertimbang minuman yang mengandungi elektrolit.
RAWATAN KEKEJANGAN OTOT YANG BOLEH DIBUAT DI RUMAH
Berita baiknya, kebanyakan kes kekejangan otot tidak memerlukan anda terus ke hospital. Dengan langkah yang betul, ramai boleh lega hanya dengan rawatan di rumah.Langkah Segera Bila Kekejangan Otot Berlaku
- Berhenti serta-merta Hentikan apa sahaja aktiviti (bersenam, mengangkat barang, berjalan jauh) yang mencetuskan kejang otot.
- Lakukan regangan lembut & urutan perlahan Regangkan otot yang terlibat secara perlahan dan terkawal. Kekalkan posisi regangan sehingga rasa kejang semakin berkurang. Anda boleh tambahkan urutan lembut pada kawasan tersebut.
- Gunakan haba atau ais Jika otot terasa sangat ketat, boleh gunakan pad haba atau tuala suam. Jika otot rasa sakit berdenyut selepas kejang, anda boleh letakkan ais dibalut tuala selama 10–15 minit.
PENCEGAHAN: CARA KURANGKAN RISIKO KEKEJANGAN OTOT BERULANG
Untuk mengelakkan kekejangan berulang, anda boleh amalkan perkara berikut:- Sentiasa lakukan regangan sebelum dan selepas aktiviti fizikal
- Tingkatkan kecergasan secara berperingkat, bukan mendadak
- Minum air secukupnya sepanjang hari, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas
- Pastikan pemanasan badan dilakukan sebelum senaman
Aktiviti Memanaskan Badan (Warm-Up)
Beberapa contoh warm-up ringkas yang anda boleh cuba:- Berjalan selama 3–5 minit
- Jog setempat secara perlahan
- Pergerakan dinamik seperti high-knee ringan atau heel raise
SENAMAN REGANGAN UNTUK KURANGKAN KEKEJANGAN OTOT KAKI
Di bawah ini adalah beberapa senaman regangan mudah yang boleh membantu mengurangkan risiko kekejangan pada bahagian kaki, terutamanya betis dan peha.1) Regangan Otot Betis
Cara lakukan:- Berdiri menghadap dinding.
- Satu kaki ke hadapan, satu lagi di belakang.
- Luruskan kaki yang di belakang dan pastikan tumit mencecah lantai.
- Bengkokkan lutut kaki hadapan perlahan-lahan.
- Gunakan tangan untuk menahan badan pada dinding.
- Kekal dalam posisi tersebut selama 30 saat dan ulang 3 kali setiap kaki.
2) Regangan Hamstring (Belakang Peha)
Cara lakukan:- Duduk dengan melunjurkan kedua-dua kaki ke hadapan.
- Pastikan tapak kaki berada dalam keadaan neutral (tegak ke atas).
- Perlahan-lahan luncurkan tangan ke arah jari kaki tanpa membongkok terlalu kuat.
- Tahan regangan selama 30 saat dan ulang 3 kali.
3) Regangan Quadriceps (Depan Peha)
Cara lakukan:- Berdiri dan pegang dinding atau kerusi untuk sokongan.
- Bengkokkan satu lutut ke belakang sehingga tumit menghampiri punggung.
- Gunakan tangan untuk menarik kaki lebih rapat ke arah punggung.
- Kekalkan posisi selama 30 saat dan ulang untuk kaki sebelah lagi.
BILA ANDA PERLU JUMPA FISIOTERAPI?
Dapatkan bantuan profesional jika anda mengalami mana-mana tanda berikut:- Kekejangan otot berlaku hampir setiap hari
- Sakit dan kejang mengganggu tidur malam
- Rasa lemah pada otot selepas kejang
- Kekejangan berlaku walaupun aktiviti tidak terlalu berat
- Kejang disertai bengkak, kemerahan atau rasa panas pada anggota
- Mengenal pasti punca sebenar kekejangan (otot lemah, pendek, atau tidak seimbang)
- Memberi rawatan manual therapy untuk melonggarkan otot dan sendi
- Menyusun program senaman khusus untuk menguatkan otot
- Memberi edukasi postur, ergonomik dan gaya hidup yang lebih sihat
DAPATKAN BANTUAN FISIOTERAPI PROFESIONAL DI PHYSIOMOBILE
Jika kekejangan otot anda kerap berulang, mengganggu tidur, atau mula menjejaskan kerja dan aktiviti harian, jangan biarkan ia berlarutan. Fisioterapis bertauliah kami sedia membantu anda dengan penilaian dan rawatan yang menyeluruh.Kenapa Pilih Physiomobile?
- Rawatan disesuaikan mengikut keadaan pesakit – di rumah atau di klinik
- Fisioterapi berpengalaman sejak 2016
- Lebih 45,000 pesakit sudah dirawat
- Buka setiap hari & 100% dilakukan oleh ahli fisioterapi bertauliah
- Berdaftar sebagai panel dengan penyedia TPA utama: PMCare, Compumed, MedKad, ASP, dan SelCare
- Rangkaian lebih 170 ahli fisioterapi profesional – meliputi seluruh Semenanjung Malaysia
- Kadar kepuasan pelanggan tinggi – lebih 80% datang semula atau hasil rujukan ahli keluarga
Atau hubungi terus talian hotline kami di 03-7800 0642.
® PhysiomobileMY | Your no. 1 rehab partner ®
Kemas Kini Klinikal
- Pemulihan tisu memerlukan beban yang sesuai; rehat sepenuhnya berpanjangan tidak semestinya membantu semua kecederaan.
- Pergerakan dan latihan boleh ditingkatkan secara beransur-ansur apabila sakit serta fungsi bertambah baik.
- Dapatkan pemeriksaan jika terdapat kelemahan mendadak, lebam atau bengkak ketara, atau kehilangan fungsi.
Update fisioterapi: penilaian individu lebih penting daripada rawatan umum
Dikemaskini berdasarkan prinsip umum rehabilitasi dan preskripsi senaman yang digunakan dalam rujukan pendidikan fisioterapi seperti Physio-pedia.
- Setiap keadaan pesakit berbeza, jadi cadangan latihan atau rawatan perlu disesuaikan dengan pemeriksaan dan matlamat fungsi.
- Pantau perubahan sakit, pergerakan, kekuatan dan keupayaan aktiviti harian, bukan hanya satu simptom sahaja.
- Dapatkan penilaian profesional jika simptom semakin teruk, berulang atau mengganggu kerja, tidur dan aktiviti harian.

Nota keselamatan: Artikel ini untuk pendidikan umum dan bukan diagnosis. Dapatkan penilaian ahli fisioterapi atau doktor jika simptom kuat, berulang, atau berkait dengan tanda amaran.
WhatsApp Physiomobile untuk semak rawatan
Rujukan pendidikan umum: Strength, Exercise Prescription, Aerobic, Rehabilitation. Kandungan Physiomobile ditulis semula secara original dan disesuaikan untuk pembaca Malaysia.
![]()
Post Views: 2,838




