Slip Disc Spinal Cord

Apakah yang dimaksudkan dengan SLIP DISC?

Seringkali ini terjadi kepada anda…

sakit belakang buat kerja rumah

“nak buat kerja rumah sakit belakang”

“nak berjalan pun sakit belakang”

“rasa sakit sampai menjalar ke kaki, kadang-kadang rasa kebas-kebas kaki ni”

“sapu minyak panas baru lega sikit, tapi sekejap je dah sakitbalik”

“baring baru rasa lega sakit belakang ni”

baring sakit belakang

Adakah anda pernah mengalami situasi begini dalam kehidupan harian anda?

Apakah yang anda lakukan bagi mengurangkan sakit belakang?

Sakit belakang boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai punca salah satu daripadanya adalah slip disc atau tulang rawan tergelincir.

Berdasarkan portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia slip disc merupakan diagnosis utama yang sering berlaku di kalangan pesakit tulang belakang.

sakit belakang office worker

Mengikut statistik, hampir 70% golongan dewasa akan mengalami sakit belakang pada satu-satu masa dalam kehidupan mereka.

Slip disc boleh berpunca daripada proses penuaan yang berlaku pada tulang rawan (intervertebral disc) anda, trauma, postur yang tidak bagus, mengangkat beban yang berat.


Masalah tulang rawan (intervertebral disc) berlaku apabila kandungan di dalam tulang rawan tersebut yang dikenali sebagai nucleus pulposus terkeluar dan menghimpit saraf tunjang yang terdapat pada tulang belakang anda.

Kesannya, ia akan menyebabkan berlakunya keradangan dan anda akan mengadu sakit belakang, kebas-kebas dan rasa sakit menjalar ke kaki pula berlaku disebabkan oleh saraf yang terhimpit oleh nucleus pulposus tadi.

Kadang-kadang slip disc juga boleh menyebabkan sindrom cauda equina (kegagalan mengawal air besar atau air kecil).

7 SIMPTOM-SIMPTOM SLIP DISC ANDA PATUT TAHU

 

Jika anda mengalami slip disc anda akan merasa simptom-simptom berikut:

  1. Sakit dan kebas-kebas selalunya pada sebelah bahagian sahaja
  2. Rasa sakit yang bertambah teruk pada waktu malam atau dengan pergerakan tertentu
  3. Rasa sakit yang bertambah teruk ketika berdiri atau duduk
  4. Rasa sakit ketika berjalan pada jarak dekat
  5. Merasa lemah-lemah otot yang tidak dapat dijelaskan
  6. Rasa mencucuk-cucuk atau panas pada tempat yang terlibat
  7. Rasa sakit yang menjalar ke lengan atau kaki

Anda perlu berjumpa dengan doktor jika rasa sakit anda menyebabkan kebas atau mencucuk-cucuk yang boleh mengganggu keupayaan anda mengawal otot anda.

Apakah rawatan yang anda boleh dapatkan untuk masalah slip disc?

Slip disc boleh dirawat secara konservatif atau pembedahan. Selalunya rawatan diberikan bergantung kepada tahap ketidakselesaan yang anda alami.

Kebanyakan individu merasa lega dengan menjalani rawatan konservatif seperti program senaman yang melibatkan senaman regangan dankekuatan sekitar otot belakang. Ahli fizikal terapi akanmembantu menguatkan otot belakang bagi mengurangkan sakit belakang yang anda alami.

“sapu minyak panas baru lega sikit, tapi sekejap je dah sakit balik”

Menyapu minyak panas atau menggunakan rawatan haba seperti menuam dengan tuala panas hanya memberi kelegaan sementara, kerana haba daripada minyak panas dan tuala panas akan menghalang stimulus sakit anda dari di hantar ke otak menyebabkan anda merasa lega buat seketika.

Tetapi Dengan rawatan regangan, kekuatan dan fizikal terapi mungkin dapat memberi kelegaan yang lebih panjang dan mungkin juga dapat menyembuhkan anda daripada masalah sakit belakang.

Selain itu, ahli fizikal terapi juga akan mengajar anda beberapa senaman yang boleh anda lakukan di rumah. Beberapa kajian telah dilakukan dan keputusan menunjukan mereka yang melakukan senaman di rumah selepas sesi fizikal terapi kurang mendapat sakit belakang berulang berbanding mereka yang hanya melakukan senaman di klinik fisioterapi. 

Sumber rujukan

http://www.myhealth.gov.my/slipped-disc-pada-tulang-belakang/

http://www.mmgazette.com/sakit-belakang-angkara-slipped-disc-dr-ahmad-mahyuddin/

https://thediagnosa.com/2017/09/20/slipped-disc-punca-simptom-dan-cara-rawatan/

https://www.healthline.com/health/herniated-disk#symptoms

INGIN MENDAPATKAN KELEGAAN BERPANJANGAN?

DAPATKAN SOLUSI BAGO MASALAH SAKIT BELAKANG ANDA DI PHYSIOMOBILE.

KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG RAWATAN KAMI

Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan di Physiomobile?

RAWATAN DISESUAIKAN MENGIKUT KEADAAN PESAKIT

BERPENGALAMAN LUAS DALAM TEKNIK TERAPI MANUAL

AHLI FISIOTERAPI YANG TERLATIH DAN BERKELULUSAN

BERMULA SEJAK 2016 & SUDAH MERAWAT PULUHAN RIBU KES DAN PESAKIT

RAWATAN DI KLINIK, RUMAH, ATAU DI MANA-MANA ANDA BERADA

BUKA SETIAP HARI

Loading

Related Post

Table of Contents

Find our articles helpful?
Join our newsletter to get notifications on post

Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan di Physiomobile?

RAWATAN DISESUAIKAN MENGIKUT KEADAAN PESAKIT

BERPENGALAMAN LUAS DALAM TEKNIK TERAPI MANUAL

AHLI FISIOTERAPI YANG TERLATIH DAN BERKELULUSAN

BERMULA SEJAK 2016 & SUDAH MERAWAT PULUHAN RIBU KES DAN PESAKIT

RAWATAN DI KLINIK, RUMAH, ATAU DI MANA-MANA ANDA BERADA

BUKA SETIAP HARI

100% dilakukan oleh Ahli Fisioterapi bertauliah & professional