SENAMAN VS MASALAH SUKAR TIDUR

\"\"

SENAMAN DAPAT MENGURANGKAN MASALAH SUKAR TIDUR?

BAGAIMANAKAH SENAMAN DAPAT MEMBANTU ANDA YANG MENGALAMI MASALAH SUKAR TIDUR?

  • Insomnia kronik ialah kesukaran untuk tidur atau mengekalkan tidur, tidur yang tidak berkualiti atau terlalu singkat.
  • Berdasarkan kajian, senaman didapati dapat membantu meningkatkan kualiti tidur.
  • Hal ini kerana, satu sesi senaman aerobik tahap sederhana seperti berjalan dapat memudahkan seseorang untuk tidur dan dapat memanjangkan waktu tidur seseorang yang mengalami insomnia berbanding dengan hari mereka tidak bersenam.
  • Manakala senaman aerobik tahap tinggi seperti berlari atau angkat berat tidak dapat meningkatkan kualiti tidur.
  • Kajian lain pula senaman aerobik pada jangka masa panjang (4 – 24 minggu) mendapati penghidap insomnia dapat tidur dengan lebih cepat, tlebih panjang dan mendapat kualiti tidur yang lebih baik berbanding sebelum mereka memulakan program senaman.
\"\"

ANTARA FAKTOR PENINGKATAN KUALITI TIDUR SELEPAS SENAMAN:

  • Senaman merangsang peningkatan suhu badan semasa senaman dan menurunkan suhu badan selepas senaman di mana ia mungkin dapat menggalakkan proses tidur.
  • Insomnia seringkali dikaitkan dengan peningkatan rangsangan (arousal), gelisah/cemas dan tekanan perasaan (depression). Sebaliknya, senaman dapat memberi kesan yang jelas kepada penurunan gejala tersebut pada populasi umum.
  • Senaman juga dapat mengurangkan insomnia dengan memberi kesan kepada kitaran biologi tubuh (body clock) bagi mereka yang mengalami insomnia. Senaman mungkin dapat mengubah ‘body clock’ seseorang bergantung kepada waktu senaman dilakukan.
  • Walaupun tidak banyak kajian yang dijalankan bagi mengetahui kesan senaman kepada pesakit insomnia tetapi berdasarkan kajian yang ada senaman terbukti memberi peningkatan positif kepada kualiti tidur pesakit insomnia.

Kemas Kini Klinikal

  • Aktiviti fizikal boleh merangkumi latihan aerobik, kekuatan, mobiliti dan keseimbangan mengikut keperluan individu.
  • Mulakan pada tahap yang mampu dilakukan dan tingkatkan tempoh, kekerapan atau intensiti secara beransur-ansur.
  • Hentikan latihan dan dapatkan nasihat jika timbul sakit dada, sesak nafas luar biasa, pening teruk atau simptom yang membimbangkan.

Rujukan: Physiopedia

Update fisioterapi: cara senaman lebih selamat dan berkesan

Prinsip umum ini selari dengan pendekatan latihan kekuatan, preskripsi senaman dan rehabilitasi yang digunakan dalam rujukan pendidikan fisioterapi seperti Physio-pedia.

  • Mulakan dengan tahap yang sesuai, kemudian tambah beban, ulangan atau cabaran secara berperingkat apabila badan sudah mampu.
  • Utamakan teknik pergerakan yang baik berbanding mengejar jumlah ulangan semata-mata.
  • Jika ada sakit yang semakin kuat, kebas, pening atau sesak nafas, hentikan senaman dan dapatkan penilaian profesional.
Gambar sesi fisioterapi dan latihan senaman bersama Physiomobile

Nota keselamatan: Artikel ini untuk pendidikan umum dan bukan diagnosis. Dapatkan penilaian ahli fisioterapi atau doktor jika simptom kuat, berulang, atau berkait dengan tanda amaran.

WhatsApp Physiomobile untuk semak rawatan

Rujukan pendidikan umum: Strength, Exercise Prescription, Aerobic, Rehabilitation. Kandungan Physiomobile ditulis semula secara original dan disesuaikan untuk pembaca Malaysia.

Loading

Related Post

Table of Contents

Find our articles helpful?
Join our Whatsapp Channel to get notifications on post

Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan di Physiomobile?

RAWATAN DISESUAIKAN MENGIKUT KEADAAN PESAKIT

BERPENGALAMAN LUAS DALAM TEKNIK TERAPI MANUAL

AHLI FISIOTERAPI YANG TERLATIH DAN BERKELULUSAN

BERMULA SEJAK 2016 & SUDAH MERAWAT PULUHAN RIBU KES DAN PESAKIT

RAWATAN DI KLINIK, RUMAH, ATAU DI MANA-MANA ANDA BERADA

BUKA SETIAP HARI

100% dilakukan oleh Ahli Fisioterapi bertauliah & professional