Fisioterapi Sakit Lutut & Osteoarthritis di Bandar Baru Bangi
Jika anda tinggal di Bandar Baru Bangi dan mengalami sakit lutut, lutut kaku waktu pagi, susah solat atau naik tangga, ini mungkin tanda osteoarthritis (OA) lutut.
Ramai pesakit sekitar Bangi, Kajang dan Putrajaya mendapatkan rawatan di Physiomobile Bangi selepas berbulan menahan sakit kerana menyangka ia perkara biasa akibat faktor usia.
Physiomobile Bandar Baru Bangi menyediakan rawatan fisioterapi berdaftar dalam persekitaran yang selesa, privasi terjaga dan sesuai untuk warga emas serta pesakit yang baru memulakan rawatan.
Apa Itu Osteoarthritis Lutut?
Osteoarthritis lutut ialah keadaan di mana rawan sendi lutut semakin haus dan nipis. Apabila rawan rosak:
- Lutut sakit bila mula berjalan
- Sendi kaku selepas duduk lama
- Bunyi “krek krek” bila bengkokkan lutut
- Lutut cepat letih dan tidak stabil
Jika dibiarkan, OA boleh menyebabkan jalan tempang, risiko jatuh, dan kualiti hidup menurun.
Rawatan Fisioterapi Lutut di Physiomobile Bangi
✅ Assessment Lutut Menyeluruh
Setiap pesakit akan menjalani pemeriksaan menyeluruh untuk mengenal pasti:
- Punca sebenar sakit lutut
- Tahap pergerakan sendi
- Kekuatan otot paha dan pinggul
- Corak berjalan dan kestabilan
✅ Senaman Fisioterapi Berperingkat
Program senaman disesuaikan mengikut tahap kesakitan dan fungsi pesakit:
- Menguatkan otot sokongan lutut
- Mengurangkan tekanan pada sendi
- Meningkatkan keyakinan berjalan
✅ Rawatan Manual Therapy
Dilakukan oleh fisioterapis bertauliah untuk melonggarkan sendi, mengurangkan ketegangan otot dan membantu pergerakan jadi lebih lancar.
Rawatan dijalankan oleh fisioterapis perempuan profesional dan bertauliah, sesuai untuk pesakit wanita yang mementingkan keselesaan dan privasi.
Masalah Berkaitan Yang Sering Berlaku
Selain sakit lutut, ramai pesakit OA juga mengalami masalah lain seperti sakit pinggang dan sakit tulang belakang akibat perubahan cara berjalan.
👉 Baca lanjut mengenai rawatan sakit tulang belakang
Kenapa Pilih Physiomobile Bandar Baru Bangi?
- Fisioterapi berpengalaman sejak 2016
- Lebih 45,000 pesakit telah dirawat
- Rawatan di centre atau ke rumah sekitar Bangi
- Buka setiap hari
- 100% oleh fisioterapis bertauliah
- Panel TPA: PMCare, Compumed, MedKad, ASP, SelCare
- Lebih 80% pesakit datang semula atau rujukan keluarga
Soalan Lazim (FAQ)
1. Berapa lama rawatan fisioterapi untuk osteoarthritis lutut?
Kebiasaannya 5–10 sesi diperlukan untuk melihat perubahan ketara, bergantung pada tahap kerosakan dan konsistensi rawatan.
2. Adakah rawatan ini sesuai untuk warga emas?
Ya. Program rawatan dan senaman disesuaikan mengikut kemampuan dan tahap keselamatan pesakit warga emas.
3. Perlu ke buat pembedahan jika ada osteoarthritis?
Tidak semestinya. Ramai pesakit berjaya mengawal sakit dan fungsi lutut tanpa pembedahan melalui fisioterapi yang betul.
4. Adakah rawatan ini sakit?
Rawatan dilakukan secara berperingkat dan terkawal. Sedikit ketidakselesaan mungkin berlaku, tetapi tidak menyakitkan.
5. Boleh ke buat rawatan di rumah sekitar Bangi?
Ya. Physiomobile menyediakan rawatan fisioterapi ke rumah sekitar Bandar Baru Bangi dan kawasan berhampiran.
Promo Assessment Lutut di Bangi
RM50 sahaja untuk pemeriksaan lutut di centre Physiomobile Bangi.
Kenal pasti tahap osteoarthritis dan pelan rawatan yang sesuai
sebelum sakit bertambah teruk.
Kesimpulan:
Sakit lutut bukan sekadar faktor umur. Dengan fisioterapi yang betul,
osteoporosis dan osteoarthritis boleh dikawal tanpa pembedahan.
Physiomobile Bandar Baru Bangi
Rawatan fisioterapi bertauliah untuk sakit lutut, osteoarthritis, strok dan pemulihan sendi.
🎯 Promo Assessment Lutut RM50 (Centre Bangi)
Elakkan sakit berpanjangan dengan pemeriksaan awal.